assalamualaikum ♥
yo whatsupp guys! waghi waghiii nida most wanted sebab dah lama tak update blog. khamis lepas 8/8/2013 kita semua raya tak gitu? seronok tak? bagi aku, bolehlahhh seronoklah jugak. sebab tahun ni raya lama gila dekat kampung. terpaksa berjauhan dengan tenet (internet)
and astrooo~
dekat sana aku banyak dengar lagu je. lepas tu kalau time petang pakcik aku ajak keluar pergi kebun dia, and then pergi sungai besar. kat situ bukan ada sungai tapi nama tempat tu sungai besar *lawak hambar* gila woi, kalau kat kampung aku mesti pergi tempat tu, WAJIB! nak shopping apa sume kebende kat situ lerr hihihi duit raya separuh habis kat situ je ish ish ish, kekadang sampai mak marah sebab asyik pergi sana sampai berjam-jam tapi apa yang mak minta (sawi, and else) tak ada. apa yang ada? hihihihi masalah betul, kitorang carik takde lah mak, ahahhahaa padan muka.
Hari pertama raya
macam biasa hari pertama raya mesti mak yang gerak and bila bangun dia tengah gosok baju, abah pulak tengah siap-siap nak pergi masjid sembahyang raya. Aku mesti turun, pasang tv sambil melantak kuih raya yang ada. hahaha dengar takbir raya syok jee. aku tunggu adik beradik aku semua dah bangun baru aku nak mandi. biar perang nak rebut bilik air bermula. baru gempak pagi raya gaduh pastu nanti mintak maaf balik. hahaha.
aku pulak terus siap-siap, pakai makeup, gusuk baju semuaaa bila dah siap, duduk ruang tamu tunggu yang lain siap. bila semua dah siap dengan baju baru, fuhh! satu rumah bau kedai. bila abah dah balik dari masjid, semua anak-anaknya berkumpul nak mintak maaf. tapi kak long aku datang lambat, maklumlah orang dah ada suami. dengan mak mertua lagi. bertambah lah tugas dia. jadi, kitorang tak ambik gambar family puns -,-
 |
| mak & abah saling meminta maaf |
 |
| pakcik aku minta maaf dekat abah. |
 |
| makcik pulak :) |
 |
| along takde, terus angah ambi position |
 |
| kak ika :) |
 |
| haaa ni kakak aku. musuh ketat tapi bab shopping/makeup/duit kami boleh kerjasama |
 |
| amal dahi luas |
 |
| "nida minta maaf kalau nida ada buat salah silap, maafkan nida, halalkan makan dan minum. selamat hari raya" |
 |
| hihihi anak manja katekannn :p |
 |
"mak nida minta maaf eh. nida buat byk salah kat mak, mak halalkanlah makan dan minum nida. selamat hari raya mak"
mak terus nangis xD |
 |
| aku paling last -,- |
 |
| dua-dua ni ialah manusia paling annoying |
 |
| Aryan bersama duit rayanya |
 |
| comelnyaa merekaaaa~ |
 |
| Alep degil. hahaha |
 |
| Lisya yang hipokrit dan saffiyah yang blur. |
 |
| Lisya minta maaf dengan atuk. comel tahap maksimum |
 |
| abang iparr lah katekokkk |
tapi raya pertama kakak aku sedih sebab suami dia tak ada, kena kerja sampai raya keenam. kesiannn. so, dia tak balik kampung. and then, disebabkan kak long aku datang lambat, dia datang lepas kitorang dah makan semua. aku pun dah malas, dah bukak tudung, bapak aku dah tinggal pakai kain je -__- baru diorang datang.
"dah-dah cepat lah raya. abah malas nak tunggu-tunggu ni." dia beraya pakaian mcm tu je, mak aku dah bebel dah "awak tu pakailah baju. tak elok betullah beraya mcm tu. eeeiishhhhh" hahahaha sempoi siot bapak aku! hahahahha aku gelak jelah tgk diorang.
petang tu, kitorang balik kampung like finally. pinggang aku sakit gila sebab duduk dalam van lama nak mampush. maklumlah jalan jam, aku macam biasa karaoke dalam van. mak aku terpaksa lah berkorban untuk membiarkan telinganya bernanah dengar aku karaoke betul-betul sebelah dia. hahahaha bapak aku cakap "bahasa apa ko nyanyi tu nida? ajgjdsfufjdsd?" kwaja tol.
 |
| selcaaaaaa |
bila dah sampai kampung, terus kemas-kemas. tapi amal dah sampai dulu sebab dia naik motor. untung ahhh boleh cilok time jalan jem. malam sikit tu, makcik-makcik belah ayah aku pun sampai, diorang nak tidur sekali dekat kampung. aku tak happy sebab ramai sangat rumah full dan aku terpaksa tidur atas dengan abang aku -,- key mark sangat kayhh. kitorang main bunga api dengan abg eddy and his wife. dengan syafiq *abang sedara* and sedara yang lain-lain. tapi aku tak main sebab tak minat, so, aku teman lisya main jelah. tengok-tengokkan dia.
 |
| so swag gambar ni. |
 |
| amal dengan alep |
 |
| abang eddy dengan wathiq |
Hari raya kedua
haaaa dah raya kedua dah. sampai raya kedua barulah angah datang sebab raya pertama tu dia beraya dekat kajang. masa malam raya kedua tu makcik-makcik belah bapak aku dah balik dah. so, tinggal keluarga aku dengan makcik lagi sorang tu, family tak ramai sangat. malam tu ada sedara datang beraya actually tapi aku tak tau sebab aku dah tidur dekat rumah arwah nenek belah mak aku. well, rumah dua-dua belah nenek aku ni jiran je. cuma kena jalan jauh sikit jelah. ibarat kelas 3 luhur nak pergi kantin. haaa tak gitu idokk.
petang tu, pakcik aku ajak pergi kebun dia. kat kebunnya dia kata buah tembikai susu banyak dah masak tinggal petik je. aku teringin jugak lagipun aku nak jugak jalan-jalan, tengok sekeliling kampung *ecehh* masa tunggu pakcik aku bukak pagar kebun dia, ada lembu sebelahnya. aku bukak tingkap. lembu tu betul-betul depan aku tapi jauh sikit. aku panggil "boooo~" sambil keluarkan tangan bila lembu besoorrr tu datang dekat, aku menjerit macam kena sawan pastu tutup tingkap van cepat-cepat. semua gelakkan. tak guna -.-
 |
| Lisya main dengan sedaranya. |
 |
| Lisya dah anak dara lah uolllsss |
 |
| manis siot buahnya |
depan kebun tu ada laut tau tapi aku taktau apa nama laut tu. yang aku tau nama tempat tu parit baru. tapi kan, lautnya seram kot. naik atas terus nampak air, bukan ada pasir dulu ke apa. abang ipar aku cakap tebing? entah, aku ya kan aje sebab aku tak tau pape.
 |
| mereka semua kanak-kanak dan saya tidak tergolong. |
 |
| haaa muka langsung tak bermekap kau! hahaha |
Hari raya ketiga
raya ketiga kitorang takde buat apa-apa sangat pun, cuma petang tu aku pergi shopping dengan along and kak ika. beshhh duit tengah banyak, apa lagi? borong semua yang aku nakkan selama ni. maaflah kalau bulan puasa nafsu tu boleh ditahan lagi tapi dah raya ni, nafsu tu dah tak boleh di kawal dah. hahaha! aku beli seluar yang labuh tu, t-shirt kelabu lengan panjang (comel) ,baju kait and heels. serious cantik. gambar tak ada sangat. alahh tengah shopping, mana ada masa nak ambik gambar. hihihihi
malam tu ada bola, aku sempat jugak tengok tapi sekejap je sebab barcelona dah dapat 2 gol siot. Amri yahya (my hero malaya) dapat golkan. haritu lawan MU pun dia dapat golkan jugak. hebat siot. ada neymar, si mamat rempit tu dapat golkan jugak. bangga siot aku tgk. hahaha
 |
| tengok apa dia buat, kurang asam punya budak |
 |
| lawanya lahhhh anak wak dgn ita ni. ishh hahahaha |
malam tu, kitorang main meriam pulakkkkk apa barang main mercun bola itu semua kanak-kanak belaka. aku dengan adik-adik sedara aku je yang main meriam dekat tepi rumah. serious best. bunyik dia awesome. pastu kalau meletup tu, angin dia kuat~ hahahaha
 |
| the three stooges hahaha |
 |
| muka jahat betul bebudak ni |
 |
| Lisya cantik mcm makcik dia. hahahaah ;p |
Hari raya keempat
Ini dikira hari second last lah dekat kampung. esoknya dah kena balik. Hmm raya keempat takde benda best jadi lagipun along dah balik sebab mak mertua dia tinggal sorang dah. makcik yang sakit tu pun ikut balik sekali, makan minum dia selalunya amal yang jaga, jadi, amal pun kena balik. so, rumah dah sunyi sebab lisya dengan alep dah tak ada :( memang aku rasa rindu dan sodehhh ya amattt lerrr. pagi tu mak aku nak masak sarapan and mak suruh kak ika dgn angah beli lauk untuk makan tengah hari. aku ikutlah apa lagi.
tapi, agak kelam kabut lah sebab angah siap cepat time tu, kak ika apatah lagi, tinggal aku sorang, aku tak bawak tudung yang terus sarung je pulak tu, tudung bawal dengan pashmina. kalau pakai tudung bawal nak gosok lagi. arghhh, pashmina baru aku tu banyak corak, kalau komot pun tak nampak, dengan tak gosoknya aku terus lilit entah macam apa, semak aku tengok. hahaha. pakai bedak sikit okay dah, pergi terus. rasa macam over pun ada sebab pakai pashmina pergi sungai besar. huhuhu
 |
| jangan tanya kenapa tudung saya macam tu |

Hari raya kelima
yeahhh finally harini balik 12/8/2013 apa lagi? pakai baju baru ah, excited sangat kot. hahaha. actually baju yang aku beli tu sesuai dengan skinny jeans and legging. aku pergi pakai dengan jeans merah, matching lah jugak. pastu pekena dengan pashmina hitam, haaaa, maklumlah aku kan suka ber-fashion ni haaoo kaoonn.
rasa sedih sikit sebab nak tinggalkan kampung. rasa happy sebab nak balik rumah and rasa menyampah bila nak beraya. tapi tak beraya pun, cuma raya rumah nenek sedara. lain tu tak sempat sebab ada yang dah start kerja. kak ika pun start kerja harini. takut tak sempat tu yang balik awal tu.
 |
| sangat panas uollss, saje je nak tunjuk contact lens baru itew tu. hahaha |
 |
| this is my closest cousin i've ever met. najwa :) |
 |
| with Piya. budak blur tapi degil nak mampus |
itu saja lah cerita aku untuk raya tahun ni. aku rancang sementara cuti ni nak hang dekat jusco dengan diorang. diorang mana ni? alaaa geng-geng aku yang hodoh tu. sementara duit masih banyak, nak ajaklah kan nak tengok wayang ke, karaoke ke apa salahnya beraya dekat jusco. hahaha. by the way kebanyakan gambar dari camera dslr amal yang berjenama nikon. smart kan? aku suka gila kualiti dia. amal balik dulu, aku minta izin nak guna camera dia, dia bagi. biasalah..anak bongsu, adik paling last, dapat apa pun nak. hahahaha
okay itu saje, assalamualaikum dan selamat hari raya maaf zahir dan batin. minta maaf kalau dalam entry ni ada terkasar bahasa atau TER-perli korang. minta maaf sangat-sangat :)
assalamualaikum ♥