>

Pengalaman Oh Pengalaman

 Hi assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih hidup dan larat nk update blog ni ha. huhu ni tengah kerja ni. Tapi tak ada mood pula nak kerja harini. Bercelaru dibuatnya. Kacau sunggu hati ku ini. Entahlah diknon. Tapi ni nak cerita la ni pengalaman akak first time kerja. First time kerja terus dapat jadi office girl dekat Pantai Bharu. Rezeki takleh jangka. Ini maknanya Allah izinkan aku kerja sini. Allah bagi peluang yang selama aku nak sangat merasa macam mana jadi seorang office girl, Baru sebulan kerja sini dah dapat 2 3 penglaman. Semua yg jadi atas kehendak dia and ada hikmah diatas semua ini. Jadi mahu tak mahu aku kene teruskan perjuangan demi sesuap nasi,demi keperluan harian demi rezeki sendiri. Dapat kerja ni bukan diri sendiri je yg bahagia, tapi my parents also happy bila dpt this good news that i was selected to work here.

  Okay ni akak nk cerita cemana akak boleh dapat kerja ni. Mulanya Pantai Bharu kekurangan orang. Boss nak naikkan pangkat abang akak. Haaaa kalau nk tau abang akak pun kerja sini ye. Tapi dia bahagian service proton. Akak bahagian sale Perodua. Abang akak ni dia kerja sebagai service adviser. Boss tempat kerja akak ni nak naikkan pangkat abang akak, tapi abang akak tolak sebab pangkat baru tu gaji sikit berbanding gaji dia sekarang. Boss suruh dia jadi manager kat Kia je. Tapi tkde komisen. Abang akak tolak dengan cara baik. Abang akak ni suka bila ada komisen. Bagi dia senang nk dapat komisen tu. Ada komisen cepat kaya. Takde komisen ko makan basic jelaa.

 Okay back to the point, lepas abang akak tolak pelawaan boss tu, boss suruh abang akak carikan pekerja baru. Abang akak terus terfikir utk ambik akak. Sebab akak pun tengah tak buatpe asyik menternak lemak di rumah. Ternak lemak je yang berhasil dik..tanam anggur tak berbuah lak anggurnya hmm ahahah

 Setelah berfikir masak-masak, akak pun setuju. Okay lah kan jadi office girl kalau setakat nak cari pengalaman akak on je. Bila dah deal esok terus masuk kerja. Tak interview pun tapi terus masuk. Datang isi form and terus start kerja. Kerja akak ialah key in booking, buat E-hak milik dan sterling. Masa mula-mula masuk akak akak office dalam tu okay je. Akak dapat tingkat 2. Office tu office baru so agak kosong. okaylah diorang pun okay je kannn

  A few days later akak pergi jela kerja cam biasa. Ngam je dengan akak akak office tu siap masak kat dapur, makan sama-sama. Entah macam mana, baru berapa minggu akak kerja situ, ada la satu kes ni jadi. Akak orang baru still fresh and young tak tahu apa-apa lah kan ahahaha. Tak tahu sejarah orang itu orang ini. Adalah persilisihan faham sikit. Malam tu PA boss call akak minta book report. Sepatutnya dia bukan mintak kat akak tau. Akak pun da pelik la kat situ. And then keesokannya akak akak office ni cam marah-marah kat PA boss tu tapi akak malas nak ambik tahu. Akak buat kerja akak je. Entah camne manager akak suruh akak pindah office. Akak dapat tingkat 3. Satu floor dgn boss. Manager akak cakap boss yang suruh.

  Akak takleh kata apa, akak dah dapat rasa akak jadi mangsa keadaan. Akak pun kemas barang barang akak and naik. Akak tanya PA boss mana satu tempat akak. Pastu dia kata dia tengah setup tempat. Ya allah guys akak dapat bilik sendiri. Kalau nak tau, bukan senang nak dapat bilik sendiri. duduk sorang pulak tu. selalunya yang duduk sorang ni orang yang pangkatnya besar. macam akak cakaplah, rezeki masing-masing. Akak excited bila dapat bilik sendiri. Dah tak kesah dah pasal jadi mangsa keadaan kena pindah hahahahahah

 Pastu lepas akak ambik barang-barang akak bawak naik manager akak pesan, jgn lupa orang bawah. okay je. Tapi susah sikitlah sebab akak dah satu floor dengan boss. kalau nak lunch ikut suka hati nanti kang kena marah. Buat masa ni tak stress lagi

  Hari demi hari makin berlalu. Jujur akak cakap, kerja-kerja akak ni semua tak pernah stresskan akak tau. Yang buat akak stress ialah orang keliling akak. Bukan akak office tingkat 3 tapi tingkat lama. Baru akak tahu rupanya diorang ni jenis kerja berpuak. Tak ngam dengan orang tu tak ngam dengan orang ni. Contohlah kan, kalau akak rapat dengan staff yang diorang tak suka, nanti dengan akak akak sekali dia benci. dan ianya dah terjadi harini ya.

 Ya allah macam ni ke kerja dengan melayu. Kerja berpuak macam manalah melayu nak maju macam ni. acacah je slogan kata we are one. tapi tak bersatu pun akak tengok. apa yang akak observe, ramai yang tak berapa nak suka dengan akak-akak office tingkat 2 . Adalah sebab-sebabnya. Akak takleh nak cerita lebih detail.  tak baik. hahahaah

 Masalahnya dalam company ni semua dah tua dah dewasa (kecuali akak) takkan lah pemikiran still macam ni? bila dah tak suka, tunjuk sangat muka bencinya tu pastu taknak tegur omg. Akak taktau mana salah akak mana silap akak sampai diorang buat centu. Padahal akak cuma rapat dengan orang yang dia tak minat. Kalau dia professional, boleh fikir panjang takkan lah dia nak buat camni kan? kalau kau ada masalah personal dengan dia, dengan dia jelah. Takyah babitkan orang keliling dia sekali. Haih..

  Sekarang akak buat hal sendiri je. Nak kawan okay..taknak kawan lantak kau sana. akak tak kesah sebab akak tak rugi apa. Akak bukan sign up wechat nak masuk sini. Akak masuk sini sebab nak kerja nak cari duit. Itu niat akak. Kalau taknak kawan, nak benci-benci, nak palau-palau, nak buat muka taik ha itu kerja korang lah. lantak lah. aku tak kesah. Aku sukakan ketenangan. Fikirlah sendiri mana baik mana buruk. Jujur akak cakap kan, bila akak turun tingkat 2, i can feel the negativity tau. penuh sangat dengan aura negative. Mungkin sebab terlalu busuk hati. opps

 Nak taknak akak kena kuat kalau nak teruskan kerja sini. Life must go on. Akak ada support dari family and friends pe de hal. Diorang bagi semangat kat akak especially my brother, my family, my friends and Uwais. Tanpa they ollss akak mesti tengah sambung nangis sekarang sambil buat surat berhenti HAHAHAHA.

  Kesimpulannya, amboi cam buat karangan bm rasanya. haih rindu sekolah cenggini ler. Kita kalau kerja kat mana-mana pun sama je. Mesti jumpa orang macam ni. Ini baru jenis mcm ni akak jumpa, akan datang taktau lah jenis yang macam mana pulak. Manusia ni bermacam macam jenis manusia. Kerja tetap kerja. Yang penting bila kerja hati kena sado. Hati tak sado memang payah. Normal la baru masuk kerja rasa susah, rasa ditindas. akak dah rasa. Nangis-nangis. tapi ingat, lepas ribut akan ada pelangi yang indah. Kunci dia sabar. Sabar dan doa ya. Insyaallah semua akan berjalan dengan lancar. stay strong wahai diri sendiri. I can do it

 Sempena akak malas nak buat kerja harini, apa kata akak belanja korang selfie akak hahahahahahah klah bye tu je nak share. Assalamualaikummm






I Am Back !!!!

 Hi guys! haaaa rindu tak rindu tak? omg lama sangat dah tak on blog ni. Blog kita pun masih zaman kpop lagi takde masa dah nak tukar baru hm. Takpe asalkan comel (comel ke) dan hasil titik peluh sendiri edit kat adobe hahahah. Kita dah stop main blog ni since lepas PMR. Alhamdulillah SPM pun dah lepas and kita dah habis sekolah. Eh kita dah officially 18 years old tau awak. Haaa kalau pergi clubbing ke apa insyaallah dah boleh lepas eh haahahahhha

  Sekarang dah susah nk blogging macam dulu sebabnya laptop dah takde, Ha ni akak dah boleh blogging balik sebab dah ada komputer. Tapi komputer company lah sebab hakak tengah kerja ni sebenarnya hahaha. Senonoh kan perangai. Takpe boss tengah busy dia tah pantau harini.

 Okay kita tak sambung belajar. No upu pun tak beli awaknya. Memang dari sekolah dulu dah niat dah, lepas spm aku taknak sambung study. Nak rehat kononnya. But memang ada rasa nak belajar tu cuma hm entahlah maybe next time. Sekarang iolls nak kerja dulu cari duit. Nak ada pengalaman. Nak merasa penat bekerja. Nak rasa duit sendiri huhuhu.

  Banyak sangat ni benda nak story but maybe dalam entry lagi satu. Stay tune Bybyeeeeee

Dreams Come True~

 hai assalamualaikum~

 hah! title entry kali ni pasal dreams come true! apa yang dreams come true nya? ha ni lah nak cerita ni. dah lama kan tak update blog, macam biasalah, tak ada cerita best. lagipun dah lama tak bukak laptop. sebab asal ada laptop je mesti tak tidur malam, disebabkan taknak perkara tu melarat la aku stop main laptop kejap. okay ni nak cerita something ni, tolong pasang telinga eh silap. tolong bukak mata besor-besor yaa. hahaha k

  okay haritu angah ada beli satu smartphone jenama alcatel. dia sajalah nak beli sebab guna rebate yang kerajaan offer tu. so, harga phone tu setakat RM50  je. then, aku pun mainlah phone tuuu macam orang biasa. walaupun cikai aku tak kesah. entah macam mana aku leka and then anak buah aku yang degil gila ni pi amik phone tersebut dan masukkan dalam mangkuk. dalam mangkuk tu kebetulan ada air. dia goncang-goncang ke apa ke aku pun tak tau sebab tak nampak. time tu aku tengah gembira tengok tv. suddenly abang aku bagitau la apa ank buah aku dah buat, aku lari la tapi dah terlambat. phone tersebut dah jahanam dan langsung tak boleh bukak. tau tak time tu hati aku remuk gila siaaa. memang rasa nak marah, nangis..memang urghh!!! i really wanted to bite that kid!

 bila dah rosak lama jugak lah tak endahkan phone tu sebab phone nokia c3 masih elok. tahun ni cukup masuk 3 tahun aku guna dia dan langsung tak rosak (nokia always kebal) satu hari tu, aku mengadu kat mak and abah and minta tolong repair phone alcatel tu. abah pun pergi la bawak kedai tapi cina tu cakap tak boleh di-repair lagi dah. cina tu kutuk pulak dia kata "ini telefon 50 ringgit mana boleh maaaa" bapak aku bengang dia ambik phone tu and blah. dia bagitau mak aku yang dia akan belikan handphone baru. tapi dia taknak bagitau aku, aku dapat tau dari mak je.

 and then, 2 3 hari lepastu, aku buat bodoh lah kan, tetiba abah suruh turun. aku pun turutkan walaupun rasa berat bontot time tu nak turun tangga. dia tanya "nak handphone macam mana?" aku tak terjawab. kang mintak s4 kang pengsan pulak orang tua ni. lepas tu bapak aku cakap "kalau nak phone baru boleh tapi setakat rm200 je tau" aku macam wtf? baik belikan aku nokia 3310 camtu! pastu aku cuma hmm *buat bodoh* lepas dia makan, dia keluar. aku tanya mak aku "mak mak...abah nak gi mana?" mak jawab "bayar duit sampah" aku punn "ohh yeke" tapi sebenarnya aku tak sedap hati, macam ada benda best akan berlaku.

 tak lama lepastu, abah balik. dia suruh bukak pintu, aku pun bukak la. dia cakap "abah hantar repair tadi phone lama tu tapi tetap tak boleh" pastu aku "tak boleh? ha takpelah" aku terus pergi ke ruang tamu. and bapak i macam godek-godek something kat bakul motor dia. bunyi plastik and i really hope its a new phone. aku pun lepak la kat sofa, then bapak aku datang dekat and cakap "nah" sambil hulur plastik putih bertulis samsung. aku daripada baring terus duduk dengan tegak. aku takut bapak aku belikan galaxy Y je. eeee totally not my style.

 perlahan lahan aku bukak, sekali keluarkan..hah! galaxy core di tangan kuuu! aku tak pernah terfikir pasal hp ni. yelah, aku actually nak s3. tapi sebenarnya galaxy core ni pun boleh tahan jugak. oh my god i was so damn happy. mak aku pandang sambil senyum-senyum. aku cakap terima kasih. yelah, aku ni jenis tak pernah ada phone samsung yang cenggitu. memanglah batak kaaoonn. then petang tu pulak, abang aku balik dia bawak galaxy grand. untuk siapa? mak aku tau! hahaha dia pun taknak kalah siaaa. malam tu kitorang sekeluarga semua kat ruang tamu tak berborak, tv berbukak and masing-masing main dgn hp masing-masing. bapak aku tengok semua anak-anak dan ISTERINYA. abah cakap "aihh korang ni masing-masing mengadap bende tu" and, even serumah, kitorang whatsapp dengan mak, yelah dia nak belajar kan. ahhaha

 tapi abah memang pandai, dia siap belikan pink phone case, sparkle tinted. hahaha abah sangat bijak okay! pape pun, galaxy core memang best, harga pun bawah seribu. setakat rm800/900 macam tu je, gambar pulak sangat clear and dia siap ada flash and 2 side camera. okay terbaik gila kau! aku suka oukay!

dreams come true kau!

 so thats all je nak membataknya! apa-apa pun terima kasih sebab sudi membaca. (SUDI MEMBACA ENTRY KEBATAKKAN AKU INI) so hope u guys have a nice day! byeeee <3

assalamualaikum