hah! title entry kali ni pasal dreams come true! apa yang dreams come true nya? ha ni lah nak cerita ni. dah lama kan tak update blog, macam biasalah, tak ada cerita best. lagipun dah lama tak bukak laptop. sebab asal ada laptop je mesti tak tidur malam, disebabkan taknak perkara tu melarat la aku stop main laptop kejap. okay ni nak cerita something ni, tolong pasang telinga eh silap. tolong bukak mata besor-besor yaa. hahaha k
okay haritu angah ada beli satu smartphone jenama alcatel. dia sajalah nak beli sebab guna rebate yang kerajaan offer tu. so, harga phone tu setakat RM50 je. then, aku pun mainlah phone tuuu macam orang biasa. walaupun cikai aku tak kesah. entah macam mana aku leka and then anak buah aku yang degil gila ni pi amik phone tersebut dan masukkan dalam mangkuk. dalam mangkuk tu kebetulan ada air. dia goncang-goncang ke apa ke aku pun tak tau sebab tak nampak. time tu aku tengah gembira tengok tv. suddenly abang aku bagitau la apa ank buah aku dah buat, aku lari la tapi dah terlambat. phone tersebut dah jahanam dan langsung tak boleh bukak. tau tak time tu hati aku remuk gila siaaa. memang rasa nak marah, nangis..memang urghh!!! i really wanted to bite that kid!
bila dah rosak lama jugak lah tak endahkan phone tu sebab phone nokia c3 masih elok. tahun ni cukup masuk 3 tahun aku guna dia dan langsung tak rosak (nokia always kebal) satu hari tu, aku mengadu kat mak and abah and minta tolong repair phone alcatel tu. abah pun pergi la bawak kedai tapi cina tu cakap tak boleh di-repair lagi dah. cina tu kutuk pulak dia kata "ini telefon 50 ringgit mana boleh maaaa" bapak aku bengang dia ambik phone tu and blah. dia bagitau mak aku yang dia akan belikan handphone baru. tapi dia taknak bagitau aku, aku dapat tau dari mak je.
and then, 2 3 hari lepastu, aku buat bodoh lah kan, tetiba abah suruh turun. aku pun turutkan walaupun rasa berat bontot time tu nak turun tangga. dia tanya "nak handphone macam mana?" aku tak terjawab. kang mintak s4 kang pengsan pulak orang tua ni. lepas tu bapak aku cakap "kalau nak phone baru boleh tapi setakat rm200 je tau" aku macam wtf? baik belikan aku nokia 3310 camtu! pastu aku cuma hmm *buat bodoh* lepas dia makan, dia keluar. aku tanya mak aku "mak mak...abah nak gi mana?" mak jawab "bayar duit sampah" aku punn "ohh yeke" tapi sebenarnya aku tak sedap hati, macam ada benda best akan berlaku.
tak lama lepastu, abah balik. dia suruh bukak pintu, aku pun bukak la. dia cakap "abah hantar repair tadi phone lama tu tapi tetap tak boleh" pastu aku "tak boleh? ha takpelah" aku terus pergi ke ruang tamu. and bapak i macam godek-godek something kat bakul motor dia. bunyi plastik and i really hope its a new phone. aku pun lepak la kat sofa, then bapak aku datang dekat and cakap "nah" sambil hulur plastik putih bertulis samsung. aku daripada baring terus duduk dengan tegak. aku takut bapak aku belikan galaxy Y je. eeee totally not my style.
perlahan lahan aku bukak, sekali keluarkan..hah! galaxy core di tangan kuuu! aku tak pernah terfikir pasal hp ni. yelah, aku actually nak s3. tapi sebenarnya galaxy core ni pun boleh tahan jugak. oh my god i was so damn happy. mak aku pandang sambil senyum-senyum. aku cakap terima kasih. yelah, aku ni jenis tak pernah ada phone samsung yang cenggitu. memanglah batak kaaoonn. then petang tu pulak, abang aku balik dia bawak galaxy grand. untuk siapa? mak aku tau! hahaha dia pun taknak kalah siaaa. malam tu kitorang sekeluarga semua kat ruang tamu tak berborak, tv berbukak and masing-masing main dgn hp masing-masing. bapak aku tengok semua anak-anak dan ISTERINYA. abah cakap "aihh korang ni masing-masing mengadap bende tu" and, even serumah, kitorang whatsapp dengan mak, yelah dia nak belajar kan. ahhaha
tapi abah memang pandai, dia siap belikan pink phone case, sparkle tinted. hahaha abah sangat bijak okay! pape pun, galaxy core memang best, harga pun bawah seribu. setakat rm800/900 macam tu je, gambar pulak sangat clear and dia siap ada flash and 2 side camera. okay terbaik gila kau! aku suka oukay!
![]() |
| dreams come true kau! |
so thats all je nak membataknya! apa-apa pun terima kasih sebab sudi membaca. (SUDI MEMBACA ENTRY KEBATAKKAN AKU INI) so hope u guys have a nice day! byeeee <3
assalamualaikum
