hai assalamualaikum ♥
semalam kannn hari jumaat 16/7/2013 aku pergi jusco sebab nak tengok wayang cerita the conjuring dengan nani, wan, aliyah and syai. actually cerita tu untuk 18 tahun keatas, tapi aku pun tak tau macam mana kitorang boleh masuk. disebabkan aku masih demam, aku laratkan juga badan ni pergi sana. yelah, takkan nak cancel? kesian pulak dekat kawan-kawan aku haoo kaoonnn.
masa pergi sana yang beli ticket wan dengan syai. ramai gila kot, so, kitorang tunggu lah dia. bila dah dapat ticket, movie start pukul 1:45 so, kitorang masih ada masa nak lepak, beli popcorn and else. wan pulak kata tempat banyak dah full. ada satu tempat tu tengah, bagus lah jugak tempat tu sebab betul-betul tengah. tapi salah satu kerusi tu ada pulak yang patah. kerusi tu satu line tapi satu patah. jadi maknanya, aku dengan diorang kena berpecah. 3 orang duduk sana, 2 orang duduk sini. ibarat mcm tu lah.
wan duduk dengan aliyah and syai. aku macam biasa duduk dengan nani. aku demam time tu tapi cuma tinggal rasa pening, and selesema. time tu pun tak adalah pening sangat. wayang kat sana memang sejuk tapi relax lah, aku dah biasa kena sejuk dalam cinema.
serious aku cakap cerita tu memang seram gila BABI!!!!! siapa tak tengok rugi. aku bukan sengaja ya nak mencarut, tapi memang betul cerita tu seram gila gila gila. yang bertambah seram, masa aku tengah syok tengok cerita tu, mata aku ni gatal pulak lahai melilau ke tempat lain. dekat depan pintu keluar ada pulaklah perempuan pakai jubah putih tengah tundukkan kepala. aku mula-mula terkedu tau. aku tengok je dia. lepastu aku tanya nani, tapi nani tak nampak apa-apa.
aku geram lah, aku suruh dia tengok jugak, kitorang berbisik time tu hahaha. lepas tu nani tegakkan badan dia untuk tengok tempat yang aku suruh dia jenguk. lepas tu dia pun terdiam jugak. dia kata "alaa takde pape lah. maybe itu cuma barang orang yang duduk depan kot." aku pun diam jelah. tapi aku tak yakin and tak percaya dan tak setuju dengan jawapan nani, sebab aku rasa aku nampak lain dengan apa yang dia nampak.
and then, entah macam mana aku terleka tengok cerita tu balik sebab babak suspen dah start. then, tak berapa lama tu, aku tengok balik tempat tu, benda tu dah tak ada!!!!!! aku terus genggam tangan nani, aku bisik "wei, benda tu dah takde" lepastu nani tengok dia pun terdiam. dia terus bisik "dah, diam. jangan tengok benda tu lagi..baca ayat qursi banyak2" aku dahlah demam time tu, lemah gila semangat.
entah macam mana, sejak benda tu hilang, aku terus susah bernafas and aku rasa sejuk makin bertambah sampai aku jadi tak selesa duduk dekat situ, aku rasa nak menjerit je. jantung aku degup laju, aku rasa tak sedap hati. aku menggigil gila kaw-kaw kat situ. sampai aku mengesot ke bawah sikit. nani dah takut dah "woi ko okay tak? tetibe je mcm ni asal?" betul wei, aku menggigil tiba-tiba sebab aku tiba-tiba rasa sejuk bertambah sampai rasa ke tulang. dan pada masa yang sama jugak, aku rasa benda tu dekat dengan aku. dahlah sebelah aku tu kerusi kosong yang patah. aku sambil menggigil tu aku pegang tangan nani. aku pandang keliling, aku tengok atas wayang alhamdulillah tak ada pape.
lebih kurang 5 minit aku kena macam tu, aku terus elok, sejuk pun dah tak rasa sangat. alhamdulillah sangat-sangat sebab aku susah nak bernafas tau sebelum tu. nani pun dah risau gila sebab aku menggigil sampai gigi menggeletar. hahaha. entah macam mana, hati ni masih tak sedap rasa nak cari lagi benda tu ya allah, dia ada balik. masih tengah tunduk dan pandang bawah. nasib baik pandang bawah kalau dia dongak memang aku chaw ah.
jadi benda tu asyik ganggu aku je, kejap dia ada kejap dia tak ada. aku pun ketakutan sambil tengok cerita tu. cerita dah seram, benda tu ada kat situ lagilah aku seram. tak guna tol. then, masa movie nak habis ada orang bukak pintu keluar tu, lampu pun on. aku terus tengok sebab itu memang niat aku dari awal nampak dia. aku nak pastikan betul2 apa yang aku nampak. hmm, bila lampu dah pasang, wayang pun dah terang, betullah apa aku nampak, memang kat tempat tu tak ada barang apa pun, lagi-lagi yang berwarna PUTIH. tempat tu memang kosong. jadi, apa yang aku nampak tu betul. aku tanya nani betul-betul apa yang dia nampak dia kata dia cuma nampak kain. patutlah dia tak takut sangat. aku ni yang nampak full. tapi time aku menggigil, susah nafas tu aku nmpak nani menangis sikit, hahahaha dia takut.
ya allah, kenapalah aku kena macam tu apa salah aku. aku rasa sebab aku demam lah, then benda tu ambik kesempatan nak kacau aku. aku percaya apa yang aku nampak sebab orang kata pernah nampak benda tu...DALAM WAYANG JUGAK. wallahualam lah ya. memang aku takut, aku takut dengan gelap, semalam pun aku tidur kat ruang tamu dengan along and amal. aku takut nak duduk sorang-sorang dalam bilik. lagipun cerita the conjuring tu berdasarkan cerita benar. no wonder lah cerita dalam tu pernah terjadi betul-betul. bila aku teringat balik ceritanya bulu roma aku meremang. aku terus pandang kiri kanan. time wayang dah habis baru aku cerita dekat wan, aliyah and syai. aku pergi toilet muka aku pucat gila. diorang pun takut tengok. hmm, sib baik itew bawak lipstick. :p
so, korang yang belum tengok lagi cerita tu, pergilah tengok tapi hati-hati. mata tu jangan melilau kat tempat lain pulak nanti kena macam aku. hahahaha
 |
| dalam purikura machine! |
 |
| my girls :* |
 |
| on the way pergi jusco. |
 |
| masing-masing sibuk menela'ah machine tersebut |
 |
| comel kan? tapi tempatnya 3 orang je. LIMITED! |
 |
| pre-model dengan swagger bergabung hahahaha ppuihh |
 |
| mereka semua single. kalau nak, boleh blah sbb diorang saya punya. |
 |
| panas okay. |
 |
| that leopard prints. kasut aliyah pun masuk sekali hahaha. |
 |
| model wanna be |
 |
| model wanna be :* |
 |
| Nani jadi datin kat sana, panggil datss je. |
 |
| baju ni sangat match dengan syai. |
 |
| eeeee kasut wan comel!!!! |
 |
| alah nani. benci je aku hahaha |
 |
| i am tall. with heels :p |
itu saja dari saya. by the way, jangan lupa tengok the conjuring. seraammmmmm
bye, assalamualaikum ♥